Thursday, November 18, 2010

Mana dia..sahabat

Salam semua..entry kali ni aku xde benda sangat nak posting kat sini. Just nak berkongsi lagi ape yang aku tengah rasa n pikir sekarang..

Masalah..masalah dan masalah lagi..
Aku...terus tertekan dan tertekan..
Aku ase macam dah tak dapat nak handle lagi semua yang ada dalam hati aku ni.segala apa yang aku pendam selama ni. Dah makin sesak..erm..aku perlukan dia sekarang..

Tapi..dia kat mana sekarang??Dia dah terlupa pasal aku ke?Mungkin ea kot..xpelah. Mungkin dia sibuk. Banyak lagi perkara lain yang dia kena buat daripada dok mengadap aku yang slalu ja bermasalah ni. Tak pelah..yang penting bagi aku semoga dia sihat dan bahagia selalu. dan aku,xpernah pun lupakan dia.

Mana la ko menghilang wahai sahabat..aku da rindu sangat kat ko. Kenangan demi kenangan dengan ko slalu je terbayang kat kotak fikiran aku ni. Tambah-tambah lagi bila aku tengah da masalah macam sekarang ni. Kalau dulu, bila aku da masalah..aku boleh jer trus cari ko. dan ko pun dengan rela atau mungkin jugak paksa rela, setia je dengar masalah aku ni. Sama la ko pun. Balik-balik,muka ni jugak la yang ko cari. Tapi..tu dulu..sekarang dah tak macam tu dah. Masing-masing dah terpisah dek kebizian yang melanda..huh!

Aku dah tak da idea ni nak tulis pasal pe lagi.huhu..xpelah sahabat..andaikata ko tetiba teringat kat aku balik,jangan lupa la contact aku ye. Banyak btul mende yang aku nak kongsikan n story kat ko..it's too lots. rasa macam dah nak sasau pun ada ni sebab banyak sangat yang tersimpan kat hati aku ni. Tunggu ko jer la..

Sahabat..i miss u..so much. ingat lagi x pe yang kita kata dulu,"susah senang sama2,tak da rahsia antara kita"..kan?aku pegang kata2 tu. Hope ko pun macam tu ok.

Aku dah xda mood balik dah ni..nape la akhir2 ni kan..xpelah.biarkan..aku dah penat wat masa sekrang. so aku nak kumpulkan balik tenaga aku untuk aku hadapi smua ni lagi.

Cukup la dulu entry aku kali ni..semoga aku jumpa balik sahabat aku tu.. :(

Friday, November 12, 2010

Pungguk dan Bulan


Suatu malam yang cerah, langit begitu indah diterangi cahaya bulan disertakan kehadiran bintang-bintang yang berkedip. Indah sekali..Suasananya nyaman dan tenang. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menghembus begitu menyenangkan setiap penghuni alam ini. Bertemankan bunyi sang cengkerik yang bagaikan ada suatu pesta antara mereka, ada satu pasangan sedang saling bermadah, melafazkan perasaan yang terpendam, saling melepas rindu, seolah-olah tiada apa yang mampu menghalang mereka. Ibarat dunia ini hanya milik mereka berdua sahaja. Pungguk sejak dari tadi lagi tidak sekali pun melepaskan pandangannya terhadap Bulan..Bagi Pungguk, Bulan kelihatan sangat cantik pada malam itu seperti bulan dipagari bintang katanya.

Pungguk : Bulan...oh Bulan...

Bulan : (......)

Pungguk : Bulan...Oh Bulan...awak tak dengar ke saya panggil awak ni..??

Bulan : (......)

Pungguk : Awak...Ooo awak..Dengarla..saya nak cakap ni..

Bulan : (......)

Pungguk : Saya tahu awak dengar tu..mungkin awak saja jer buat tak tahu kan..awak ni pandai betul la nak bergurau dengan saya ye..hehe. Tak pe..yang penting awak dengar apa saya nak bagitau kat awak ni. Dah lama saya pendamkan,cuma baru malam ni saya rasa ada kekuatan nak bagitau kat awak pasal ni. Awak..awak dengar baik-baik tau.

Bulan : (......)

Pungguk : Awak dengar ni baik-baik tau.huhu..Awak..saya..saya dah lama sangat suka kat awak. Lama dah. Tapi saya tak berani nak bagitau awak sebab saya segan. Saya rasa macam tak sepadan je dengan awak. Awak cantik dan jadi pujaan ramai..tak macam saya. Saya ni rupa pun tak ada. Sebab tu saya rasa segan nak bagitau awak pasal perasaan saya pada awak.

Bulan : (......)

Pungguk : Sebenarnya,dah lama saya jatuh hati kat awak. Sejak mula-mula saya nampak awak lagi. Mungkin awak tak perasan yang saya selalu tengok awak dari jauh. Setiap malam saya selalu tunggu awak. Setiap hari juga saya buat macam ni. Saya selalu rindukan awak..awak ada rasa camtu tak..??

Bulan : (......)

Pungguk : Saya cintakan awak..Saya nak awak tau yang saya akan tetap setia pada awak,sampai saya mati. Sebab awak la satu-satunya buah hati pengarang jantung saya sekarang dan selamanya.. Saya cintakan awak,saya rindukan awak..

Bulan : (......)

Pungguk : Awak..awak tak pernah rasa apa-apa ke dekat saya?? Kesian saya,awak..Tak kan awak tak pernah ada hati pun dekat saya...

Bulan : (......)

Pungguk : Awak...nape awak senyap jer ni..cakap la apa-apa ja. Jangan la senyap ja. Kesian la saya asyik cakap sorang-sorang. Sekurang-kurangnya..awak cakap la sikit.Sikit pun jadi la..awak..

Bulan : (......)

Pungguk : Awak...hmm. sampai hati awak tak nak cakap apa pun dengan saya..Saya tau saya ni serba kekurangan. Saya tak kacak, saya tak pandai mana, mungkin awak rasa saya ni tak layak pun untuk bercakap dengan awak kan..hmm.

Bulan : (......)

Pungguk : Awak!Jangan la buat saya macam ni..sedih la saya.

Bulan : (......)

Pungguk : Hmm...xpelah awak..Tak suka cakap je tak suka.Saya boleh lagi terima. Tapi awak langsung tak cakap apa-apa,memang saya terasa sangat..hmm

Bulan : (......)

Pungguk : Tak pe la awak...awak memang tak suka kat saya pun.Tak pe la. Saya tak kan ganggu awak lagi. Saya akan bawa diri jauh-jauh..

Bulan : (......)

Pungguk : Awak..saya pergi dulu je la..selamat tinggal... (T_T)

Bulan : (......)


Begitulah situasi yang berlaku pada malam itu...
Pengajaran dari cerita di atas....
- Pungguk ni pun..yang cakap dekat bulan watpe..dia xkan pahm la..ko pungguk,dia bulan..
- tu jer..haha.. :P



p/s camne la ku boleh terpikir nak wat crita ni ea.hak3...ngeng!

Thursday, November 11, 2010

Kian..

Hari sudah hampir gelap..dan malam akan menjengah tiba..dan aku..tetap terus menaip entry baru untuk dipostkan dalam blog aku..sekadar melepaskan perasaan cuma..pasang surut air di laut..begitu juga hati aku..


Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah.. nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya.. sudah lama
Ku sungguh berkecil hati


"when we are single, we see all couples are happy couple..and when we are coupling, we see all singles are happy single.. :)"

"Walking in the rain.."

Kerispatih-Bila rasaku ini rasamu

aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku

ku mohon jangan jadikan semua ini
alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti


bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi

aku memang terlanjur mencintaimu


entry kali ni dah cukup dengan lirik lagu yang aku letak kat atas ni..asenya dah cukup untuk gambarkan pe yang aku tengah rasa sekarang..semalam..waktu aku drive balik dari penang ke perlis..aku terdengar lagu ni.memang ati aku tersentuh sangat..kena betul la lagu ni dengan situasi aku waktu tu..aku xkata lagi yang aku mmg btul jadi macam lagu tu ke..tapi ada perkara yang membuatkan aku ase aku macam nak jadi pe yang tertulis dalam lirik lagu tu..i'm doubting..




ckup la dulu entry kali ni..aku memang betul xde mood sekarang..sorry xdapat menggembirakan sesapa kali ni.i'm out of feeling..sorry frenz.



"i like walking in the rain,because no one know that i'm craying"


p/s credit to my frenz..nurul saadah for being the first to say she care on me..thanks ya..

Tuesday, November 9, 2010

Wahai hatiku..

Aahh...satu keluhan aku lepaskan sebagai permulaan untuk entry kali ni. Kenapa?relax...slow2 aku rungkaikan..memang mengeluh tuh xbaik pun. Seolah-olah hampir putus asa kan..xpelah. for this time aku nak mengeluh sikit. at least xdak rasa beban sangat dalam ati ni.

Wahai hatiku...
Bersabarla..dan terus bersabar..
Kerana yang pastinya setiap kesabaran itu akan ada kemanisannya..
Biarpun..
Kesabaran itu serangkali menggugatmu..
Hingga bisa membuat diri tertekan..
Badan bergetar hebat..
Suhu meningkat...
Hingga juga bisa membuat diri..
Hampir menumpahkan egomu..
Sedihmu...
Dengan air mata...
Namun..sabar..tetap sabar..
Wahai hatiku..

tu intro jer tu..huhu..tapi seyes..aku agak down sekarang..gelak2 aku pun,dalam hati sape tau..Tuhan je yang Maha Mengatahui pe yang aku rasa sekarang..

Mendenyer sekarang..aku btul2 xsedap ati..ntah la. Sama ada aku yang terlampau fikir bukan2..atau sememangnya insiden tu nak tunjukkan aku sumthing yang aku xpernah tahu pun sebelum ni.tapi tu la..there's still a mystery..and always being misterious..

mungkin selama ni aku dapat jer tahan..dapat jer sabar..dapat jer buang jauh2 ape yg aku fikir yang bukan2..tapi kali ni ntah.aku rasa macam tercabar pun ada. tapi aku still xpasti kebenarannya..sebab pe,sebab segalanya masih samar. Aku xmo la cakap macam2..padahal mendenyer aku sendiri pun xpasti kan..cukuplah aku just tulis pe saja yang aku tengah rasa sekarang. even pe yang aku tulis ni xkan ada yang nak baca pun. aku suka story pe yang aku rasa dengan menulis..itu la aku.

Tak pa..first biar la aku gtau apa yang aku cukup anti.aku xsuka ditipu ok..aku xsuka hipokrit. sebab tu aku xpernah wat camtu kat sesapa sebab aku sendiri pun xsuka cam2.semoga dijauhkan..mintak simpang la jauh2.aku xsuka depan aku lain..belakang aku lain.meant..talam dua muka la cam2.aku xsuka jugak men tikam belakang.aku tak suka semua ni sebab aku tau mende ni menyakitkan hati orang ja.sebab tu aku xwat...

Kejap..pe kaitan dengan tajuk entry aku ni?xde ke?lantak la korang nak kata pe.blog aku nih.huhuhu..so my title..my story la kan.yang penting..semuanya berkisar tentang hati aku..my feeling right now..at this moment.

Nyway..i need someone right now.someone yg boleh aku kongsikan segala apa yang terbuku dalam hati aku sekian lamanya..ade ke orang tuh?ntah..persoalan yang sama n jawapan yg tetap sama..Wahai seseorang itu..sapelah ko kan..kalau ko dengar..tolong la cari aku..aku perlukan ko..huk3..

erm..aku rasa takat ni dulu la entry kali ni.ntah la..bukan pe,aku xbrapa ok sgt akhir2 ni.sekarang pun batuk makin menjadi-jadi plak.lagipun..i want take a rest coz esok aku nk drive jauh..g penang.so..jumpa lagi la nati ea.

Chow..



Bila larut malam..

Bila larut malam...
Suasana sepi..
tara kucah..tara kucah..cah..

haha...pe la aku dok melalut sorg2 ni ha..pantang lepa ja,sure aku merepek dok tambah2 mana yang aku rasa buleh.Bab merapu kerapu ni memamg terserah la kat aku.haha..

******************************************************************

ok..tutup crita merapu tu.

Sebenarnya, entry aku kali ni bukan la da apa sangat pun..cuma sekadar luahan rasa,luahan hati,luahan apa yang bersarang dalam kepala aku la ni.

aku tengah dalam kesamaran..kedalam dilemaan..ke..pikir macam2an..sume an la kan..btul la..xtipu.aku pun xpernah lagi buleh paham pe yang aku nak pahamkan sangat2.sebabnya..aku sendiri pun heran..dan aku seolah-olah xda peluang pun untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian tentang kesamaran aku ni..aku xpaham..aku xpaham..!!

walaupun kengkawan aku tengok aku ni hepy ja,macam manusia yang xda masalah apa,tapi..aku manusia jugak beb..dalam hati ada taman gitu ha..da masa aku ok ja..da masa aku x..hepy2 aku pun sume tu macam hipokrit jugak la. at least bila aku buat hepy ke or aku memang betul2 tengah hepy time tu,dapat la aku lupakan kejap segala jenis masalah dalam ati aku ni.aku ni kuat pendam orangnya lau korang nak tau..sebab aku xpandai sangat nak story masalah2 aku kat sesapa yang aku percaya. Dulu masa skolah dulu, kaunselor pun aku xpernah story mende2 camni.err..kejap.panjang benor muqaddimahnyer ni.story apa pun xstat lagi.haila... (-_-")~

Nak story pun..aku sendiri tak tau nak mula dari mana. yang pastinya,mende2 ni sume wat aku tertekan jugak kadang2..kawan baik aku cakap aku ni pikir banyak sangat,sahabat dunia akhirat aku pun cakap cam2..tapi..nak buat camna,dah memang aku cam2.dah cuba ubah,tapi..the answer is same..

Bila dah xtentu arah tujuan..tak tahu bila mula dan akhirnya..tak ada sebarang penjelasan..tak ada jawapan..dan tak ada yang nak make it clear..so semuanya jadi haru biru..kacau bilau..n last skali..sasau..



aku slalu rasa seolah-olah aku ni selalu kat depan skali..yang lain dok dekat belakang.hanya dok tengok aku dari jauh..lebih kurang macam layan sorang2 la..syok sendiri ka..cam2 la kot.last2..aku termenung sorang2 kat depan tu.ni bukan masah gila kuasa ke hapa..x..x..ni lain la. tak da kaitan pun dengan tu.

Ntah la..mungkin aku blom lagi jumpa orang yang betul2 paham situasi aku.dan orang tu bukan setakat paham,tapi turut bersama-sama dengan aku. tak kira pe jua situasi,dia tetap bersama aku.dan dia sentiasa percayakan aku,hargai aku. kalau orang 2 memang ada dan aku dapat,aku tak kan sia-siakan..why not kan.orang dah berbudi..kita kena berbahasa la.btul kan??segalanya masih lagi misteri..ntah la bila aku akan jumpa orang yang aku nak jumpa 2..sape dia 2 kan..ntah2 orang tu memang dekat jer dengan aku cuma aku ja yang xpernah sedar kehadiran dia tu..huhuhu..

Buat masa ni..biarlah dulu..masa n jodoh akan tentukan..tapi aku tak kan la nak brenti berusaha jugak kan.nak tunggu bulan jatuh ke riba??sorry to say la..1 dalam sejuta pun mustahil.kalau jatuh gak,sure dah kiamat la tu. ;P
Anyway..sebelum hadirnya orang tu dalam hidup aku ni..atau mgkin dah..aku kena survive dulu semua ni sendiri..smoga dpermudahkan segala urusan aku..aminn

aku ase cukup la dulu kot aku melepaskan sikit beban aku kat entry ni.huhu..sory la korg lau ada yg baca pasal ni.merepek semata2..xda isi yang berguna pun kali ni ea. sory sangat.(dah2 ler tu yeop oi...!! ).ok..aku stop. (-_-")

Monday, November 8, 2010

Fuhhhh....

SEMANGAT BARU!!
Semangat btol aku rini. semangat meng'update blog aku.haha...ntah ape2 la aku ni. pepagi buta dok edit blog. ase macam ok lagi la dari sebelum ni kan?hehe..tgk blog aku yg bru ni ase la feel nk berblogging tu kan3??hehe..
Penat kot..nk edit blog ni jer dah makan banyak masa aku.skrg ni dah kul 3 pagi camtu la..baru sudah..so sebagai penyudahnya, aku post la mende alah ni.hehe..SEMANGAT2!!

so..time for sleep now bebeh..ahahaha..chow dulu eh.len kali da jodoh kita berblogging lagi.insyaAllah..

chow dulu.. ^_^



Friday, November 5, 2010

Indahnya pelangi itu...


"Ketika kita sedang leka memuji betapa indahnya mentari,tiba2 kita didatangkan dengan mendung yg menghitam..dan tak lama kemudian,hujan pun trun mencurah2 ke bumi. ketika itu,kita kehilangan mentari. Kita menangis dan bertanya kenapa Dia menghilangkan mentari, tanpa kita sedar sebenarnya Dia mahu gantikan kita dengan sesuatu yg lebih cantik..lebih indah daripada mentari...iaitu sang pelangi.". Tentu korg pun pernah dgr or terbaca pasal ni kan??(xbek tipu..:P)

Ye..pelangi mmg cantik..warnanya lebih lembut dari mentari, xsakit mata bila dilihat.tapi..kemunculannya hanya sekejap. dan yg pastinya, indah mana pun pelangi tu,kita mmg xakan sekali2 berjaya menyentuhnya pun,apatah lagi bermimpi untuk memiliki sang pelangi. sebabnya..kita perlu sedar, yg pelangi juga tidak akan kekal. Ia jugak seperti mentari, yg mana kita pernah kehilangannya suatu ketika dulu takkala datangnya mendung dan hujan. Selagi ada kehadiran titisan2 air di udara, selagi ada cahaya yg juga dari mentari, maka selagi itu akan wujudnya sang pelangi. tanpa salah satu darinya, pelangi tak akan muncul.

Itu la salah satu kejadian alam. DiciptakanNya untuk kita berfikir dan mengambil iktibar. Jika kita kaitkan kejadian ini dengan kehidupan kita pun, mmg ada hubungannya. kenapa tidak??kejadian kita dan kejadian2 lain xda bezanya sgt. Semuanya tak kekal. Hanya sementara. Manusia yg hidup,akhirnya akan mati. Bunga yg kembang mekar,sampai masa layu jugak.

Kejap,apa tujuan aku posting mende alah ni??erm..ase macm dah jauh lari dari tujuan asal aku ni.haila..

Ok..ok..erm.pernah degar x pasal crita ni??
"Suatu hari, di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah, seorang guru telah mengajarkan anak2 muridnya tentang kasih sayang. Ketika sedang sibuk menerangkan apa itu kasih sayang, seorang murid bangun lalu bertanya,

murid: Cikgu, macam mana kita nak tahu orang tu syg kita?mcm mana jugak nak tahu yg kita dah jumpa org yg patut kita syg?

guru: Erm..(berfikir sejenak. )..mcm ni, kamu pergi ke padang, dan kamu dapatkan satu rumput yg paling cantik bagi kamu. Cikgu nk satu je ok. Satu je.

Murid tersebut trus berlari ke padang seperti yg disuruh gurunya itu. Dia terus mencari rumput yg paling cantik di padang tersebut. Mulanya dia sudah dapat mencabut sehelai rumput, tapi apabila dia melihat di depannya ada lagi rumput yg lebih cantik dari sebelumnya. Murid tersebut trus mencabut rumput yg baru. Dan perkara yg sama berulang. Akhirnya, murid tersebut sampai ke hujung padang. Tetapi tiada sehelai rumput pun yg berjaya dia dapatkan. Dengan perasaan hampa, dia kembali semula ke kelasnya.

murid: Cikgu, saya xdapat cari pun rumput yg paling cantik. Sebab bila saya dah dapat satu rumput, saya nmpak di depan saya ada rumput yg lebih cantik daripada rumput yg saya cabut td. Saya cabut yg bru, tapi sama jugak. Sampai la ke hujung padang, cikgu.Hmm..saya xpaham cikgu.

guru: Sebenarnya, macam tu la kasih sayang. Bila kita dah jumpa seseorang yg kita rasa dialah yg paling kita sayang, yg paling cantik buat kita, tiba2 di kemudian hari kita terjumpa orang lain yg lebih bgus dari orag yg kita mula2 jumpa tu. Seharusnya, bila kita dah jumpa org yg kita rasa terbaik buat kita, kita perlu setia padanya. Jaga sebaik-baiknya. Xperlu pandang kelebihan orang lain lagi. Bukan macam mencari rumput td. Sebabnya, tiada sesiapa pun yg sempurna dalam dunia ni. Kecantikan juga tak akan kekal. Ingat tu. Kamu pahm??

Murid itu mengangguk tanda paham. dan sejak hari itu, dia sudah tahu mkna kasih sayang.."


Phm kan crita aku.tu jer nk crita..
ok la..sebelum aku ending kan post kali ni,aku nk tinggalkan satu soalan yg korg kena pikir n cari jwapan sendiri. Soalan ni pernah ditanya kawan aku kat aku.Lama gak aku pikir..xpe. serah kat korg plak utk pikirkan ea.hehe..
Soalannya, jika kita jadi macm murid td, dan kita kata kita dah pun jumpa "rumput" yg paling cantik dan terbaik buat kita, dan kita berpegang dan setia "rumput" tersebut. Kita dah pun buat segalanya yg terbaik untuk "rumput" itu, tapi akhirnya, "rumput" kesayangan kita tu pergi kepada orang lain..mcm mana 2??renung2kan.. :)