Wednesday, December 29, 2010

2010..dah sampai ke penghujungnya..

Salam semua..
Alahai..2010..cepatnye dah nak habis. Rasa macam kejap sangat masa ni berlalu. Rasa macam baru je sambut tahun baru 2010. Tup-tup dah 2011 nak menjengah.Haila..akhir zaman katakan..

Bagi aku, tiap-tiap tahun yang berlalu memang akan ada jer events yang kita akan sentiasa ingat sampai bila-bila. Macam aku pun ada jugak perkara baik,buruk,pahit,manis,payau kelat dan segala macam lagi yang dah terjadi dan yang aku dah lalui. Semua tu la rempah kehidupan..Hidup ni kalau hanya ada dua warna,hitam-putih memang tak best. Yang kelam terus lagi la kesian. But..hidup ni tetap perlukan warna-warni. Kalau xda,seyes boring. Bagi aku, apa yang dah berlaku tu semua dah ditakdirkan dan apa yang bakal berlaku akan datang ni pun,memang bukan di bawah pengawasan kita. Dia yang menentukan segalanya..Yang baik kita jadikan sebagai teladan, yang buruk kita jauhkan. Kan??

Erm..ape yang aku nak story lagi kali ni ea?Nak story mende yang bukan pasal diri aku aku tak terer sangat. So aku story pasal apa yang dah berlaku kat aku je la ea..My blog,my rule...hee.Ok. Aku nak story pasal mende yang pahit dan manis yang berlaku kat aku tahun 2010 ni.

2010 ni bleh la aku kata ada la jugak yang manis-manis berlaku kat aku ni. Nak aku kata banyak, tak da la sangat. Yang aku tahu. awal tahun ni, abah aku dah menambahkan lagi ahli keluarga kereta kat rumah kitorang. Paham kan?hehe. Kereta Produa Alza..ada Alza,ada gaya..Versatile As You.. haha. So family kereta dah jadi 4 bijik semua. Eh, empat buah. alah,lantaklah..hehe. So Alza ni sampai kat rumah aku masa bulan 3 asenya. Lupa suda..n Alza ni jugak la kereta yang paling beso yang abah aku pernah beli. Lepas ni pun xpasti la.ok2..jauh dah menyimpang.hehe. Then, yang manis bagi aku lagi, aku dapat join pasukan sorak U aku untuk SUKUM kat USM. Best sangat. (rindu kat korang n the moments.),lepas tu join Minggu SuaiKenal(MSK), jadi PPMS,penat..tapi sangat manis la untuk dikenang. Kawan-kawan pun bertambah ramai. Seyes memang terasa. Bila kita p mana-mana pun,ada je kawan untuk ditegur,disapa. Best woo jadi cam2. Rasa kita ni wujud kat mana-mana. Btul cakap orang,xrugi kita berkawan. lagi ramai lagi best. Sampai sekarang pun bleh lagi saling tegur bila terjumpa kat mana-mana. Korang try la plak.hehe. Lepas MSK tu aku join Skuad Konvo plak. Maka bertambah la lagi kenalan aku. Even aku xslalu sangat ada kat tapk konvo tu,(bz ngn tugas aku AJK makanan),yang manis tu tetap aku dapat rasa. Sory la k sesapa yang aku xsempat nak kenal 2.huhu.
Tahun ni jugak la aku dapat tamat belajar silat. Alhamdulillah..dan sampai sekarang,aku tetap aktif n akan sentiasa cuba aktif dalam PSSCM ni. Hujung tahun ni plak(baru-baru ni jer pun..),aku join skuad demo PSSCM U aku untuk ke kejohanan wajadiri kat UPSI. Memang kenangan manis. Yang jauh dekat-dekatkan,yang dekat dirapatkan..macam 2 la yang berlaku.Sapa sangka,dari xpernah atau segan-segan nak bertegur sapa,boleh jadi mesra macam dah lama kenal. So sweet...tu la nikmatnya bila kita join aktiviti.xrugi pon.hehe
Yang tu la yang manis yang aku bleh story pun. sebenarnya ada lagi,tapi cukup la story cket-cket.kang banyak sangat nak kena taip kan.hehe

Ok. pasal yang kurang manisnya pulak, seingat aku la,awal tahun ni ayah aku disahkan yang 3 saluran kat jantung dia hampir tersumbat. Nasib la amik tindakan cepat,trus buat endoscopy operation. Selamat..Alhamdulillah..2 minggu jugak la ulang-alik dari rumah aku kat kola perlis ke Kedah Medical Centre(KMC). Jauh la jugak. tapi xpe,abah punya pasal..bila lagi nak berbakti kan..lagi satu,perkara paling pahit bagi aku untuk tahun ni dan aku akan ingat sampai bila-bila ialah bila aku dikhianati oleh seseorang tu yang aku sendiri pun tataw nak cakap macam mana pasal kitorang. Sangat-sangat sakit,bengang,tension dan segala macam lagi yang aku rasa bila dia khianat aku. Depan aku lain.belakang aku lain..dalam diam jugak tikam aku dari belakang..alahai manusia..aku sendiri pun tataw dah nak cakap macam mana lagi. Nak balas balik?Sorry la,aku bukan orang macam tu. Cuma buat masa sekarang dan akan datang la,aku nak buang dia jauh-jauh dari hidup aku. Anggap yang aku xpernah pun kenal dia. Seyes hati aku dah xterbuka untuk terima dia balik.Aku dah xsanggup. Cukup la selama ni aku dah dipermainkan dia. Silap-silap jadi berdendam plak kat dia..Nauzubillah..cukup la setakat ni aku cerita pasal tu. Panas aku xhabis lagi ni. Abaikan..

So..tu je peristiwa pahit manis aku untuk tahun ni. Aku harap semoga tahun depan akan lebih bakik dari sebelum ni. dan aku nak pesan kat diri aku sendiri yang aku perlu amik pengajaran atas semua perkara yang dah berlalu. Yang baik aku truskan,yang kurang baik aku elakkan..InsyaAllah..korang pun ok(sape2 yang baca entry ni la.hehe).

Akhir kalam..trimas kepada semua yang sentiasa ada di sisi diri ni waktu senang dan susah, terang dan kelam,cerah dan suram..aku hargainya..=)


"live well or live hell..you choose"

Tuesday, December 14, 2010

Tekanan semakin dirasai..

Salam semua..
entry kali ni aku just nak story cket pasal latihan demo silat yang aku tengah lalui sekarang. Kitorang akan gerak ke UPSI 17 Disember ni untuk pertandingan 2.so..sekrang pun dah berapa haribulan??dah makin dekat..huh. dah la lusa nanti ada raptai penuh untuk game tu. Memang agak memenatkan la. Latihan setiap hari mula pukul 5 sampai 7 petang. Sebelah malam plak pukul 9 sampai 12..tapi biasa la kalau terlajak masa 2. Hari ni pun latihan sebelah malam habis pukul 1 pagi. Habis latihan..geng laki(termasuk aku) pergi melantak KFC plak.haha..yang tu memang tak bleh blah..haha,so..alik2..pukul 2.30 pagi la aku sampai rumah..

Ok.Cukup sudah intro panjang-panjang. Bukan boleh biar..nanti makin panjang..ha,tengok!panjang sudah..hehe.Ok.Aku seriously memang agak risau la..mana tak nye,nak pergi bertanding tak lama dah,tapi buah2 yang aku buat pun masih tak kemas lagi. Serius risau kot~ Aku dah rasa tekanan tu sekarang. Aku bukan pe,just risau tak dapat perform yang terbaik. Risau tersilap la,risau macam-macam.huhu..Tekanan yang paling aku rasa ialah bila aku tak mahu menghampakan team aku. Semua orang bekerja keras. Masing-masing letih,sakit2..So aku kena wat yang terbaik.huhu..Hope korang pun macam tu jugak la. Buat yang terbaik ok.Semoga target kita semua tercapai..bak kata pojie,"tak dapat gangsa,emas pun jadi la...".hehe..

Aku..dah tak sabar..tak sabar nak bertanding walaupun aku cuak jugak sekarang ni. Sebab memang aku teringin betul nak join skuad demo ni dari mula belajar silat. So sekarang aku dah pun join demo,so kena la berusaha buat yang terbaik. :)

Tu je nak story kali ni.hahaha..cannot go betul aku ni kan. Tak pe. hak aku,Blog aku.haha
Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang....aminn..Kepada skuad Demo,semoga BERJAYA!!



"aim above the target to hit the target"



Sunday, December 12, 2010

Talking to the moon..


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have


At night when the stars

light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon

Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous

The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the

sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back


At night when the stars

light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,

Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?

Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on

the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there

Somewhere far away

Saturday, December 11, 2010

Mari Nyanyi Sama-sama

Pernah dengar lagu ni??ni lagu I'm Yours versi Melayu.hehe..best.so layan..(make sure ikut tempo yg betul and feel the music ok.hehe)


ALAN - I'M YOURS (MALAY VERSION)

Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi
kini
aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cinta

Dan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamu

Dengar bisikan hatiku
Kau kan tahu cerita

Lama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi
kini
Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
untuk kamu percaya
cinta

Thursday, December 9, 2010

Alahai....wan..

entry kali ni..aku tataw nk tulis pe..huhu. sebelum ni macam-macam dah fikir nk tulis apa kat blog ni,but alih-alih,yang dikejar xdapat,yang dikendong berciciran..ewah - sejak bila aku pandai berperibahasa ni??haha..mmg luar syllabus..

Aku..aku dah tawar hati dah. Tawar hati dengan apa yang berlaku kat diri aku. Semua tu memang betul-betul bagi kesan kat diri aku,hati aku..sudahlah..aku dah malas nak pikir hal tu lagi. I'm just keep walking on..and on. n try to forget da past. It's already over..kalau kita dah bagi madu,coklat,aiskrim,tapi dibalas dengan racun,bom dan sewaktu dengannya..nak buat cane kan?fine jer..yang penting,aku tak balas balik..aku kan 'Baik'..ok.Fullstop.

Aku..rasa bertuah plak ada kawan2,membe2 yang aku boleh story masalah2 aku,hepy sama2..thanx korang. Saat aku hampir jatuh tersungkur rebah ke bumi dan makan pasir..aku sedar aku ada korang. dan sebab korang,aku xgive up macam tu jer. Give up dengan macam2 sampah masalah dalam diri aku..thanx skali lagi korg.sebagai balasan..aku xkisah pun blanja korg makan.hoh0~suke je korang eh.xpe.normal r..

Aku tau,aku dah mula berubah..dulu xreti nak dengar lagu kuat2,bingit2..xreti nak melalak kat karoke.xgila2,tapi sekrang...360'.haha..yang penting, aku tak de la brubah jadi yang bukan2.btul?setuju je la..haha

Erm..dah makin larut malam da pun sekrang ni.aku ingat aku ank stop dulu la.lagipun bukan da isi pun entry kali ni kan.just lepas perasaan cket.hehe..xpelah.ni kan blog aku..hoh0
Ok...cukup.mkin lama mkin merepek.STOP!!haha..
okie..aku stop dulu..chow~


p/s: thanx to awang,saa,nadia.. :)