Friday, August 19, 2011

Cerita Hantu Asrama 1

Aku teringat satu kisah hantu ni yang berlaku masa aku dok asrama dulu. Kisah ni jadi kat dorm B11. Dorm aku la tu. Malam bila aku dah tak ingat. Tahun tu aku masuk asrama lambat dari kawan-kawan yang lain, so aku terpisah la dari dorm diorang. Aku kena dok dorm skali dengan junior aku. Aku suka tido dengan junior-junior ni (jangan salah paham ok!), mana tak nye, best dok dengan diorang ni. Selalu ja aku dok sakat junior ni dengan cerita-cerita seram especially yang berlaku kat asrama la.Muka masing-masing cuak giler kot. Cerita-cerita tu pun aku cuma dengar dari senior-senior aku jugak. So kira hikayat seram ni macam diperturunkan la dari satu generasi ke generasi seterusnya. Betul atau tak, aku pun tak tau.

Ok!stat citer!



Tajuk : Hantu Pocong

Malam tu lepas balik dari prep, aku lepak-lepak kejap kat dorm aku tu sambil layan junior-junior aku tu. Masing- masing muka budak lagi ha. Nama pun junior kan. So aku layan punya layan, sampai la time nak memejamkan mata. Esok nak bangun kejut orang bangun Subuh lagi. Chewah!

Aku pun tarik la tilam aku turun dari katil. Tilam tu aku taruk atas lantai. Lagi best tido camni kot. Junior aku pun yang sorang tu ikut sama. Nak tido sebelah aku katanya. Aku pun tak kisah la kan. Sebelum tido tu, aku sembang-sembang la dengan junior aku tu. Tanya tu, tanya ni, kunun senior yang baik la. Caring..haha. Kitorang pun sembang la sampai tertido..
Dalam pukul 3 pagi macam tu kot tiba-tiba aku terdengar bunyi nafas yang agak kuat siap dengan ada bunyi macam kucing dok menderam bagi signal amaran (tau kan??). Suasana dorm tu pulak gelap. Ada la sikit cahaya samar-samar dari luar dorm tu. Aku cuba buka mata nak tengok apa yang dok bunyi-bunyi tu. Perlahan-lahan aku buka mata. Nahhh!! Sekali betul-betul depan muka aku seyhh! MySpace

Depan mata aku tu.. Muka hantu tu betul-betul tengah mengadap muka aku. Hantu pocong. aku pasti sebab tengok dia pakai kain putih siap ada ikat kat kepala lagi. Dah tu muka pulak putih semacam. Bunyi dia pun dah cukup buat aku rasa macam nak melompat dan terus lari ja. MySpace

Aku nampak junior yang tidur sebelah tilam aku tu dah menggigil-gigil. Siap dipeluknya kaki aku tu sambil cakap "Abang wan..takot..takot..wuwuwu..". Aiseyh.. Hampeh tol la. Kaki kena pasung pulak. Memang aku tak da peluang nak lari ni.

Hantu pocong tu terus-terus dok buat bunyi yang ala-ala seram tu. Makin galak pulak junior aku tu menggigil dan kaki aku terus jadi mangsa keadaan. Aku pejam mata dan cuba paling kepala aku ke sebelah kanan. Bila aku buka balik mata aku, sekali..... nampak kaki da.... MySpace

Hampeh betol la..ni sah keje senior la ni. Sakat budak-budak junior sampai aku pun jadi mangsa. Cehh..sekali kaki "hantu" tu kantoi dengan aku sebab pijak kat atas tilam aku tu. Dah la tepi kepala aku je pun. MySpace

Bila dah kantoi, "hantu" tu mintak aku diam jangan bagi kantoi dengan junior tu pulak. Aku pun apa lagi, kasi isyarat baik punya la. Dan junior aku tu terus dijadikan mangsa.. HAHA! MySpace


P/s: Seyes aku gelak sorng-sorang bila teringat cerita ni. hehe.

Wednesday, August 17, 2011

Serabut...

HAHA!!

Serabut aku hari ni. (siket jer pun..)
Sekali sekala bila sampai 2 3 menda datang bertimpa-timpa ni, aku mula la naik semak perut la, serabut la ape la. Sekali aku buat list , banyak la pulak keja yang nak kena settlekan. Iftar dgn kawan-kawan lama nak kena set, dengan persatuan ada yang nak kena set, adik aku dok bising mintak topup, nak perbaik(baiki) kereta lagi, kawan mintak tolong lagi, haila..

serabut wehh serabut..

**********************

Tapi kan, bila aku fikir balik sebenarnya tu kira satu pengajaran untuk aku. Means, aku kena belajar camna nak arrange banyak perkara, kerja dalam satu-satu masa. Nak kena susun yang mana urgent , yang mana important . kan??

************

Aku ingat nak kena cari PA sorang la.hehe

Tuesday, August 16, 2011

Raya lagi 2 minggu..


Hari Raya Aidilfitri dah tinggal dalam 2 minggu je lagi kan??
lagu-lagu raya pun dah mula dipasang di corong radio
Sekejap betul hari-hari dalam bulan puasa ni berjalan..
sedar tak sedar, Ramadhan dan pun sampai ke fasa kedua (fasa mahgfirah a.k.a keampunan)

Sedarkah kita yang Ramadhan akan pergi meninggalkan kita tak lama lagi? MySpace
mungkin bagi yang rasa bulan puasa ni suatu penyeksaan pada diri, sure rasa gembira
namun bagi mereka yang berlumba-lumba mencari redha Allah
yang berebut-rebut mengumpulkan pahala, memohon keampunan dariNya
tentu rasa sedih sangat-sangat
kerana
bulan yang dihadiahkan Allah buat hambaNya yang begitu banyak kelebihan ini
akan berakhir
dan belum tentu lagi akan dapat bertemu kembali dengannya tahun depan

sekarang pun orang ramai dah mula sibuk nak buat kuih itu la ini la
baju raya belum beli lagi
langsir belum tukar yang baru
rumah kena cat jugak
perabot ada yang kena ganti tu
nk raya katakan???
tapi kenapa ye, kita tak pernah sambut Ramadhan macam tu pun kan??
sambut pun sederhana ja..
ada la ceramah sikit-sikit
poster-poster dari orang-orang kenamaan yang wish Salam Ramadhan
kot la kan
kita ramai-ramai mula planning ibadah kita sepanjang Ramadhan ke
nak kejar itu nk kejar ini
Quran nak khatam sebulan ni
solat malam tak mau miss
tarrawih tu kira wajib bagi kita ke
sedekah tu jadi lebih sikit sempena Ramadhan ke
Iktikhaf di masjid jadi hobi masa lapang ke
baru la best bila macam tu kan MySpace


tapi tu la kita..
sungguh la
bila kita tak da dalam persekitaran yang membantu
susah nak survive MySpace
dugaan tu banyak walau hanya nafsu yang tinggal
tambah-tambah pulak
bila hari raya dah nak menjelang
lagi la bulan yang mulia ini dilupakan
masing-masing nak kejar sambutan Aidilfitri
patutnya kita kena lebih tekun nak kejar hari-hari last Ramadhan ni
tambah-tambah malam Lailatul Qadar..
tak kan jumpa kat bulan-bulan lain..

Jadi ayuh la kita
istiqamah dengan ibadah
Semoga amal ibadah kita, sedekah kita
diterimaNya
dan dapat keberkatan serta halawatul iman..
insyaAllah :) MySpace




Sunday, August 14, 2011

Aku....

Aku...
masih mencari identiti aku sendiri..
blog aku pun macam tu jugak..
bila tengok blog orang lain, wahh..hebatnya diorang.
blog aku plak..biasa-biasa ja..
ni pun boleh dikira life-crisis ke?? MySpace

Aku..
teringin jugak nak ada bakat yang unik macam orang lain (bagi aku la..)
nak main gitar, pandai melukis, menyanyi ke, main piano ke, main bola ke..
dah cuba, tapi memang aku tak berbakat..
nak jugak jadi diri sendiri, tapi diri sendiri yang macam mana tu??
ni pun boleh dikira life-crisis ke?? MySpace

So, macam mana ni?? MySpace




"talking is nothing, doing is something"

Friday, August 12, 2011

Bahaya!!Bahaya!!

Bahaya ni!!Bahaya!
Cuba korang try bukak mana-mana blog,blog kawan-kawan korang pun tak pe jer. Then, cuba korang delete huruf 's' kat address blog tu.

contoh : zzzz.blogspot.com ,then delete 's' jadik
zzzz.blogpot.com


Lepas tu korang tengok la apa yang kuar. Pergh..licik btul la keja puak ni. Semoga ianya tersebar dan dapat buat kita semua lebih berjaga-jaga..

p/s : jumpa kt fesbuk td. tak kisah la mende ni dah lama or baru, yang penting aku cuma nak sampaikan kat korang.ok !

Wednesday, August 10, 2011

JOm Gelak Sebentar .. ^^

Untuk entry kali ni,aku just nak kongsikan mende alah yang aku jumpa kat mukabuku tadi.hehe.. Try la ea kawan-kawan ^^
Jom kita bergelak sambil bergolek sebentar atau senyum sejenak buat hilang bosan… huhu…

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta

Februari - Aku gigit

Mac - Aku belasah

April - Aku peluk

Mei - Aku terhantuk

Jun - Aku terkentut depan

Julai - Aku menari dengan

Ogos - Aku pergi dating dengan

September - Aku lambai dekat

Oktober - Aku muntah depan

November - Aku jerit dekat

Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku

2 - Komputer aku

3 - Liverpool

4 - Garfield

5 - Musuh dalam selimut aku

6 - Gangster

7 - Handphone aku

8 - Gerrard

9 - Driver Bas

10 - Semut

11- Kawan baik aku

12 - Polis

13 - Taik kucing

14 - Patung barbie

15 - Lee Chong Wei

16 - Mak Mertua aku

17 - Mak tiri aku

18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku

19 - Makcik kantin

20 - Sharifah Amani

21 - Upin dan Ipin

22 - Siti Nurhaliza

23 - Spongebob

24 - Cristiano Ronaldo

25 - Bapuk/Maknyah

26 - Kawan aku

27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia

28 - Jiran aku

29 - Orang gila

30 - Taylor swift

31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem

Hitam - Sebab aku gila

Pink - Sebab aku suka single

Merah - Sebab mak aku suruh

Biru - Sebab aku tak tahan

Hijau - Sebab aku baik hati

Ungu - Sebab aku cemburu

Kelabu - Sebab bomoh suruh

Kuning - Sebab suka hati aku la

Oren - Sebab aku baru putus cinta

Coklat - Sebab aku tak tentu arah

Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Gabungkan perkataan anda dan kongsi2 lah jawapan anda buat tatapan semua (^_^)
p/s : Aku peluk Critiano Ronaldo sebab aku tak tahan?? =.="

Monday, June 27, 2011

Pasangan Hidup Impian =)

Akhir-akhir ni kan, aku selalu la jugak terpikir pasal kawin ni. Haha!! Normal la kan bagi sorang lelaki sejati. Kalau aku langsung tak pikir pasal kawin camna? Tak ke pelik tu..kesian kat mak ayah aku la nanti. Chewah! Padahal kesian kat diri aku la. Mana boleh kita nak lawan fitrah sebagai seorang manusia kan..haa..

So untuk entry kali ni, aku cadang nak citer la cket pasal ciri-ciri bakal permaisuri hidup aku.hehe.. so kepada semua gadis-gadis, korang bleh la take note ok. Yang berminat, jangan segan-segan, boleh jer hantarkan resume kat aku ea. Haha!!

Ehem3!!

Ciri-ciri permaisuri hidup idamanku :

- - Sedap mata memandang (prefer yang natural la, xsuka yang mekap2 sangat)

- - Sopan dan berbudi bahasa (terutama dengan orang2 tua)

- - Pandai jaga diri (tak la aku risau sangat)

- - Setia (yang ni penting!)

- - Suka kat budak-budak

- - Bersifat keibuan (suka yang ni.)

- - Boleh memasak (nak cari yang expert, baik aku kawin dengan chef je kan?)

- - Rajin dan suka kekemasan (aku tak mau serabut-serabut, pening nanti)

- - Boleh diajak berbincang dalam apa jua perkara (tau serba serbi la)

- - Terima aku seadanya

- - Boleh memahami aku

- - Boleh urus rumahtangga dengan baik (ringan beban aku)

- - Ada pegangan agama (tak semestinya alim..yang penting, faham dan amal ajaran agama. Sejuk..hati)

- - Sederhana (mudah nak jaga..hehe)

- - Ada kerjaya (diutamakan!)

- - Penghibur kala suram, peneman kala sedih, pendamping yang setia kala susah (syahdunya..)

- - Boleh dibuat kawan dan jugak isteri (selesa camni)

# syarat tambahan!!

Boleh balut ketupat (mak aku suh letak syarat ni. Tak pa, boleh belajar lagi :P)


Eh, ni kira banyak ke sikit? Lantak la..untuk hidup aku jugak kan.hehe. Untuk ciri comel ke, lawa ke,ape ke, yang tu bagi aku tak kekal. Cukup sekadar sedap mata memandang. Kecantikan tu takkan kekal. Betul kan? Cinta pulak, bagi aku ia akan hadir dengan sendirinya. Boleh dipupuk, boleh disemai. Pastu dibaja. Sure la berbunga dan berbuah.hehe. Bahagia hidup..

So gurls di luar sana, apa macam?? Tunggu ape lagi?? haha..sediakan resume selengkapnya. Tawaran dibuka sekarang and tarikh tutup pulak akan diumumkan kemudian. Tapi lama lagi la.hahaha. Sape cepat, peluang cerah! Haha!