
Kisah ni terjadi masa aku dengan 3 orang lagi kawan aku, Izwan, Pan , dan Bajan yang baru nak balik dari mandi kat kolam air panas kat Ulu Legong, Baling Kedah. Kitorang bertolak ke Ulu Legong dalam pukul 6 petang lebih. Singgah sekejap kat rumah tok kawan aku ni kat Jeniang. So lepas pukul 9.30 camtu, perjalanan diteruskan. Akhirnya, alhamdulillah kitorang berjaya jugak jejakkan kaki kat taman rekreasi tu (aku baru first time kot) dalam pukul 11.30 malam . So lepas dah setting kat mana nak hampar tikar dan letak barang-barang, kitorang lepak kejap sambil sambung sembang merepek yang masih belom habis dari mula bertolak tadi.
Dalam kul 12 tengah malam tu, kitorang baru mula masuk dalam kolam. Panas betul airnya. Aku tengok ada jugak orang yang boleh terjun terus dalam kolam tu siap berenang lagi. Hebat..kulit kebal betul. haha. Aku ni, nak rendam kaki pun tak tahan. Tapi berkat kesabaran, aku berjaya jugak rendam satu badan.
Mandi punya mandi, badan yang segar jadi letih yang teramat.
Lepas selesai solat, ngam-ngam ja masuk syuruk. Selamat dah satu hal.
Dalam pukul 7.25 pagi seingat aku la, aku pulak time tu baru sangat ja nak lelap, tiba-tiba... Pranggg!!!
Sorang kawan aku terjaga. Dia tanya aku tengah cari apa, aku tanya dia balik ada dia dengar tak bunyik yang kuat tadi. Dia kata tak dengar apa-apa pulak. Aku dah mula rasa heran.
So kitorang terus tido dalam kereta kat dalam kawasan masjid tu sampai la pukul 8.30 pagi. Kemudian kitorang teruskan perjalanan ke rumah tok kawan aku untuk singgah makan tengahari sebelum pulang ke rumah masing2-masing. Bila aku sembang dengan kawan-kawan aku yang lain, memang sah hanya aku sorang ja yang dengar bunyik tu. Sudahhh...
Mungkin 'ada' la yang cuba nak usik aku masa kat masjid tu. Apapun, alhamdulillah sebab tak da sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Setakat usik tu tak pa lagi. Jangan lebih-lebih sudah..
Lepas makan tengahari, dalam pukul 2 petang, kitorang bergerak pulang dan alhamdulillah,selamat sampai.hehe
Tu jer ceritanya untuk kali ini, len kali aku update cerita baru lagi.
p/s : aku xde tipu-tipu dalam citer ni. =)




