Thursday, September 8, 2011

Cerita Seram 1

Lama sudah aku tak update sejak seminggu sebelum raya sampai la hari ni. Idea tu dah ada,tapi besa la kan, bila ke'bz'an dah melanda, semua benda nak kejar,memang tak sempat la nak update blog ni. Haih.. so ini hari aku ada cerita baru. Cerita pasal satu kisah yang agak meremangkan bulu ketiak sape yang bacanya.hehe.



Kisah ni terjadi masa aku dengan 3 orang lagi kawan aku, Izwan, Pan , dan Bajan yang baru nak balik dari mandi kat kolam air panas kat Ulu Legong, Baling Kedah. Kitorang bertolak ke Ulu Legong dalam pukul 6 petang lebih. Singgah sekejap kat rumah tok kawan aku ni kat Jeniang. So lepas pukul 9.30 camtu, perjalanan diteruskan. Akhirnya, alhamdulillah kitorang berjaya jugak jejakkan kaki kat taman rekreasi tu (aku baru first time kot) dalam pukul 11.30 malam . So lepas dah setting kat mana nak hampar tikar dan letak barang-barang, kitorang lepak kejap sambil sambung sembang merepek yang masih belom habis dari mula bertolak tadi.

Dalam kul 12 tengah malam tu, kitorang baru mula masuk dalam kolam. Panas betul airnya. Aku tengok ada jugak orang yang boleh terjun terus dalam kolam tu siap berenang lagi. Hebat..kulit kebal betul. haha. Aku ni, nak rendam kaki pun tak tahan. Tapi berkat kesabaran, aku berjaya jugak rendam satu badan. MySpace Bangga woo.. So kitorang terus men aci rendam dalam kolam tu sampai la pukul 2 pagi. Time tu pengunjung makin rancak datang ke kolam.

Mandi punya mandi, badan yang segar jadi letih yang teramat. MySpace Kitorang baring atas tikar yang aku bawak. Ada yang sampai berdengkur pun ada. haha. Pukul 4.30 pagi aku ajak kawan-kawan tido dalam kereta ja. Lagi selamat. Sedar tak sedar, dah pukul 6.40 pagi. Cadangnya nak ke surau dekat kolam tu, tapi dah tutup. Yang ada kat situ pun hanya kereta aku ja. Apalagi, kitorang terus la keluar dari sana dan mencari masjid yang berdekatan untuk solat Subuh. Last, jumpa jugak masjid yang aku rasa dalam 4 kilometer dari kawasan kolam air panas tu. Waktu kitorang sampai tu, tok imam dengan jemaah pun dah nak keluar masjid. Maklumla, dah pukul 7 pagi. Kitorang tak tunggu lama untuk tunaikan solat subuh.

Lepas selesai solat, ngam-ngam ja masuk syuruk. Selamat dah satu hal. MySpace So kitorang pun amik keputusan untuk berehat kejap dalam masjid tu sebelum teruskan perjalanan pulang. Aku pun ambik la peluang tu untuk rehat sama sebab aku ja jadi driver. Sorang kawan aku tido dekat dengan pintu bahagian lelaki, dan aku dengan 2 lagi kawan tido kat bahagian perempuan. Cepat ja aku dah dengar bunyi kawan-kawan dah berdengkur. Hampeh betul.hehe .

Dalam pukul 7.25 pagi seingat aku la, aku pulak time tu baru sangat ja nak lelap, tiba-tiba... Pranggg!!! MySpace aku dengar bunyik macam ada orang hempas tabung masjid. Siap ada bunyi duit syiling jatuh lagi. Terkejut aku. Aku terus bangun dan dengan hati-hati cuba nak siasat apa yang berlaku sekejap tadi. Risau jugak aku mana tau ada orang yang nak curi tabung masjid, karang tak pasal-pasal kami yang kena tuduh. Lagipun aku risau kawan aku yang ada kat bahagian lelaki tu. Bila aku hendap pelan-pelan, sah! Tak ada pun aku nampak apa-apa. tak da sebarang tanda pun yang boleh menunjukkan ada orang lain yang masuk ke masjid dan buat perkara tadi. MySpace

Sorang kawan aku terjaga. Dia tanya aku tengah cari apa, aku tanya dia balik ada dia dengar tak bunyik yang kuat tadi. Dia kata tak dengar apa-apa pulak. Aku dah mula rasa heran. MySpace Takkan dia tak dengar sebarang bunyik sebab bunyik yang aku dengar tadi betul-betul dekat dengan dia. Bila aku cakap macam tu, kawan aku terus bangun dan ajak semua keluar dari masjid dan tido dalam kereta ja. Ikut hati aku nak je baring balik dalam masjid tu, tapi dah kawan aku ajak keluar, aku turutkan ja. Aku yang still kebingungan, ikut ja semua orang tido dalam kereta. Semua orang tengah keletihan, so aku cadang nak tanya balik pasal hal tu bila semua dah bangun nanti.

So kitorang terus tido dalam kereta kat dalam kawasan masjid tu sampai la pukul 8.30 pagi. Kemudian kitorang teruskan perjalanan ke rumah tok kawan aku untuk singgah makan tengahari sebelum pulang ke rumah masing2-masing. Bila aku sembang dengan kawan-kawan aku yang lain, memang sah hanya aku sorang ja yang dengar bunyik tu. Sudahhh... MySpace
Mungkin 'ada' la yang cuba nak usik aku masa kat masjid tu. Apapun, alhamdulillah sebab tak da sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Setakat usik tu tak pa lagi. Jangan lebih-lebih sudah..

Lepas makan tengahari, dalam pukul 2 petang, kitorang bergerak pulang dan alhamdulillah,selamat sampai.hehe

Tu jer ceritanya untuk kali ini, len kali aku update cerita baru lagi. MySpace

p/s : aku xde tipu-tipu dalam citer ni. =)

No comments:

Post a Comment