Tuesday, December 14, 2010

Tekanan semakin dirasai..

Salam semua..
entry kali ni aku just nak story cket pasal latihan demo silat yang aku tengah lalui sekarang. Kitorang akan gerak ke UPSI 17 Disember ni untuk pertandingan 2.so..sekrang pun dah berapa haribulan??dah makin dekat..huh. dah la lusa nanti ada raptai penuh untuk game tu. Memang agak memenatkan la. Latihan setiap hari mula pukul 5 sampai 7 petang. Sebelah malam plak pukul 9 sampai 12..tapi biasa la kalau terlajak masa 2. Hari ni pun latihan sebelah malam habis pukul 1 pagi. Habis latihan..geng laki(termasuk aku) pergi melantak KFC plak.haha..yang tu memang tak bleh blah..haha,so..alik2..pukul 2.30 pagi la aku sampai rumah..

Ok.Cukup sudah intro panjang-panjang. Bukan boleh biar..nanti makin panjang..ha,tengok!panjang sudah..hehe.Ok.Aku seriously memang agak risau la..mana tak nye,nak pergi bertanding tak lama dah,tapi buah2 yang aku buat pun masih tak kemas lagi. Serius risau kot~ Aku dah rasa tekanan tu sekarang. Aku bukan pe,just risau tak dapat perform yang terbaik. Risau tersilap la,risau macam-macam.huhu..Tekanan yang paling aku rasa ialah bila aku tak mahu menghampakan team aku. Semua orang bekerja keras. Masing-masing letih,sakit2..So aku kena wat yang terbaik.huhu..Hope korang pun macam tu jugak la. Buat yang terbaik ok.Semoga target kita semua tercapai..bak kata pojie,"tak dapat gangsa,emas pun jadi la...".hehe..

Aku..dah tak sabar..tak sabar nak bertanding walaupun aku cuak jugak sekarang ni. Sebab memang aku teringin betul nak join skuad demo ni dari mula belajar silat. So sekarang aku dah pun join demo,so kena la berusaha buat yang terbaik. :)

Tu je nak story kali ni.hahaha..cannot go betul aku ni kan. Tak pe. hak aku,Blog aku.haha
Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang....aminn..Kepada skuad Demo,semoga BERJAYA!!



"aim above the target to hit the target"



No comments:

Post a Comment