Wednesday, December 29, 2010

2010..dah sampai ke penghujungnya..

Salam semua..
Alahai..2010..cepatnye dah nak habis. Rasa macam kejap sangat masa ni berlalu. Rasa macam baru je sambut tahun baru 2010. Tup-tup dah 2011 nak menjengah.Haila..akhir zaman katakan..

Bagi aku, tiap-tiap tahun yang berlalu memang akan ada jer events yang kita akan sentiasa ingat sampai bila-bila. Macam aku pun ada jugak perkara baik,buruk,pahit,manis,payau kelat dan segala macam lagi yang dah terjadi dan yang aku dah lalui. Semua tu la rempah kehidupan..Hidup ni kalau hanya ada dua warna,hitam-putih memang tak best. Yang kelam terus lagi la kesian. But..hidup ni tetap perlukan warna-warni. Kalau xda,seyes boring. Bagi aku, apa yang dah berlaku tu semua dah ditakdirkan dan apa yang bakal berlaku akan datang ni pun,memang bukan di bawah pengawasan kita. Dia yang menentukan segalanya..Yang baik kita jadikan sebagai teladan, yang buruk kita jauhkan. Kan??

Erm..ape yang aku nak story lagi kali ni ea?Nak story mende yang bukan pasal diri aku aku tak terer sangat. So aku story pasal apa yang dah berlaku kat aku je la ea..My blog,my rule...hee.Ok. Aku nak story pasal mende yang pahit dan manis yang berlaku kat aku tahun 2010 ni.

2010 ni bleh la aku kata ada la jugak yang manis-manis berlaku kat aku ni. Nak aku kata banyak, tak da la sangat. Yang aku tahu. awal tahun ni, abah aku dah menambahkan lagi ahli keluarga kereta kat rumah kitorang. Paham kan?hehe. Kereta Produa Alza..ada Alza,ada gaya..Versatile As You.. haha. So family kereta dah jadi 4 bijik semua. Eh, empat buah. alah,lantaklah..hehe. So Alza ni sampai kat rumah aku masa bulan 3 asenya. Lupa suda..n Alza ni jugak la kereta yang paling beso yang abah aku pernah beli. Lepas ni pun xpasti la.ok2..jauh dah menyimpang.hehe. Then, yang manis bagi aku lagi, aku dapat join pasukan sorak U aku untuk SUKUM kat USM. Best sangat. (rindu kat korang n the moments.),lepas tu join Minggu SuaiKenal(MSK), jadi PPMS,penat..tapi sangat manis la untuk dikenang. Kawan-kawan pun bertambah ramai. Seyes memang terasa. Bila kita p mana-mana pun,ada je kawan untuk ditegur,disapa. Best woo jadi cam2. Rasa kita ni wujud kat mana-mana. Btul cakap orang,xrugi kita berkawan. lagi ramai lagi best. Sampai sekarang pun bleh lagi saling tegur bila terjumpa kat mana-mana. Korang try la plak.hehe. Lepas MSK tu aku join Skuad Konvo plak. Maka bertambah la lagi kenalan aku. Even aku xslalu sangat ada kat tapk konvo tu,(bz ngn tugas aku AJK makanan),yang manis tu tetap aku dapat rasa. Sory la k sesapa yang aku xsempat nak kenal 2.huhu.
Tahun ni jugak la aku dapat tamat belajar silat. Alhamdulillah..dan sampai sekarang,aku tetap aktif n akan sentiasa cuba aktif dalam PSSCM ni. Hujung tahun ni plak(baru-baru ni jer pun..),aku join skuad demo PSSCM U aku untuk ke kejohanan wajadiri kat UPSI. Memang kenangan manis. Yang jauh dekat-dekatkan,yang dekat dirapatkan..macam 2 la yang berlaku.Sapa sangka,dari xpernah atau segan-segan nak bertegur sapa,boleh jadi mesra macam dah lama kenal. So sweet...tu la nikmatnya bila kita join aktiviti.xrugi pon.hehe
Yang tu la yang manis yang aku bleh story pun. sebenarnya ada lagi,tapi cukup la story cket-cket.kang banyak sangat nak kena taip kan.hehe

Ok. pasal yang kurang manisnya pulak, seingat aku la,awal tahun ni ayah aku disahkan yang 3 saluran kat jantung dia hampir tersumbat. Nasib la amik tindakan cepat,trus buat endoscopy operation. Selamat..Alhamdulillah..2 minggu jugak la ulang-alik dari rumah aku kat kola perlis ke Kedah Medical Centre(KMC). Jauh la jugak. tapi xpe,abah punya pasal..bila lagi nak berbakti kan..lagi satu,perkara paling pahit bagi aku untuk tahun ni dan aku akan ingat sampai bila-bila ialah bila aku dikhianati oleh seseorang tu yang aku sendiri pun tataw nak cakap macam mana pasal kitorang. Sangat-sangat sakit,bengang,tension dan segala macam lagi yang aku rasa bila dia khianat aku. Depan aku lain.belakang aku lain..dalam diam jugak tikam aku dari belakang..alahai manusia..aku sendiri pun tataw dah nak cakap macam mana lagi. Nak balas balik?Sorry la,aku bukan orang macam tu. Cuma buat masa sekarang dan akan datang la,aku nak buang dia jauh-jauh dari hidup aku. Anggap yang aku xpernah pun kenal dia. Seyes hati aku dah xterbuka untuk terima dia balik.Aku dah xsanggup. Cukup la selama ni aku dah dipermainkan dia. Silap-silap jadi berdendam plak kat dia..Nauzubillah..cukup la setakat ni aku cerita pasal tu. Panas aku xhabis lagi ni. Abaikan..

So..tu je peristiwa pahit manis aku untuk tahun ni. Aku harap semoga tahun depan akan lebih bakik dari sebelum ni. dan aku nak pesan kat diri aku sendiri yang aku perlu amik pengajaran atas semua perkara yang dah berlalu. Yang baik aku truskan,yang kurang baik aku elakkan..InsyaAllah..korang pun ok(sape2 yang baca entry ni la.hehe).

Akhir kalam..trimas kepada semua yang sentiasa ada di sisi diri ni waktu senang dan susah, terang dan kelam,cerah dan suram..aku hargainya..=)


"live well or live hell..you choose"

No comments:

Post a Comment