Thursday, August 25, 2011

Kisah dalam hujan



Hujan masih turun mencurah-curah buat hari yang keempat. Walaupun adakala hujan tu berhenti, tapi sekejap ja kemudian hujan kembali. Pagi tadi aku hantar mak dan adik aku ke sekolah. Mak aku mengajar kat sekolah menengah yang betul-betul sebelah sekolah rendah tempat adik aku belajar tu. Masa hantar diorang tu, hujan turun agak lebat. Sesekali jugak la kereta yang aku drive tu ada gaya macam nak terbabas sikit bila terkena air yang bertakung di atas jalan tu. So aku memang kena bawak kereta tu berhati-hati. Al-maklumlah..aku belom kawin lagi. Nanti kena musibah apa-apa ke, tak merasa aku dengan nikmat dunia tu kan. Ish.. mintak simpang la..

Lepas hantar diorang, aku pun balik la. Memang sepanjang perjalanan dari Jitra ke Kangar tu hujan lebat je. Air bertakung atas jalan kat banyak tempat. Tengok gaya hujan ni, kalau masih tak berhenti, alamatnya Encik Banjir nak datang melawat lagi la lepas ni. Harap-harap tak la. Nak raya kan.. ok. Dalam perjalanan balik tu, masa kat arau, aku ternampak sebuah sorang pak cik ni yang sedang membonceng motosikal untuk menghantar anak perempuan dia ke sekolah. Diorang pakai baju hujan. Anak dia aku agak, mungkin budak sekolah rendah dalam darjah 3 kot. Kasut budak tu sure la basah. Even dah pakai baju hujan pun, tetap ada basah jugak.Si ayah pulak aku agak dalam lingkungan 50-an. Hati-hati je pak cik tu bawak moto.



Terselit rasa simpati bila tengok diorang. Dalam masa yang sama, aku bangga dengan pak cik tu sebab dia sanggup hantar anak dia dalam keadaan hujan yang lebat tu ke sekolah. Betapa pak cik tu pentingkan pendidikan anak dia. Dah la hantar naik moto ja, kena tempias hujan lagi. Aku harap anak dia hargai pengorbanan ayah dia tu dan belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus, berbakti balik kat ayah dia, ubah taraf hidup ayah dia nanti. Nanti dah ada kerja gaji bagus-bagus , boleh bagi kereta sebijik kat ayah tu. Kesian dia keje naik moto tak kira hujan panas.

Dan untuk si anak tu pulak, dengan kasut yang sure dah basah, akan pergi ke sekolah, masuk dalam kelas, belajar dengan rasa yang kurang selesa. Bila berjalan sure ada bunyi air dalam kasut, kaki kecut sebab sejuk. Boleh bayangkan sendiri kan macam mana keadaan budak tu. Mesti susah nak belajar untuk hari tu.

Bagi aku, setiap kejadian alam, setiap cuaca, akan ada dua golongan manusia ni. Satu golongan baginya adalah nikmat, dan satu golongan lagi baginya adalah satu musibah. Contohnya, kalau masa hujan lebat ni, penoreh getah sure dah tak dapat menoreh untuk sehari tu. Bagi mereka yang duduk kat rumah je, memang time hujan la masa paling nikmat nak buat taik mata. Kan? Yang tu kira satu contoh ja dan contoh yang lain tu boleh fikir sendiri kot. Dan yang pastinya , setiap kejadian tu ada hikmahnya untuk sama-sama kita renungkan.

Bila aku teringat balik kisah pak cik dan anak dia pagi tadi, aku rasa bersyukur sangat kepadaNya kerana aku diberi peluang untuk berada dalam keadaan yang lebih baik. Ada rumah yang cukup selesa untuk berlindung, ada kereta dan segala bagai lagi. Alhamdulillah.. Dulu pun dah pernah rasa apa yang pak cik tu rasa, dan sekarang family aku pun dah ada kemampuan untuk berada di zon yang lebih selesa. Aku doa semoga masa akan datang, hidup pak cik tu pulak akan lebih selesa. Setiap kesusahan itu akan ada kesenangan..


p/s : teringat satu peribahasa Melayu , Sediakan payung sebelum hujan..

No comments:

Post a Comment