Saturday, August 20, 2011

Terkesan di hati..

Aku teringat balik kata-kata sorang kawan aku ni. Masa tu kitorang berempat sembang-sembang kat tepi Masjid Al-Bukhary Alor Setar sementara nak tunggu azan Asar. Besa la..bila dah lama tak jumpa, macam-macam la yang jadi topik nak sembang.

Ada 2 orang kawan aku ni nak sambung pelajaran kat Timur Tengah. Alhamdulillah la kan. Cuma yang jadi masalah bagi diorang sekarang, diorang tak dapat nak apply pinjaman dari yayasan kerajaan negeri. Dah tu, ustaz yang nak tolong settlekan tiket dengan visa diorang tu dah mintak duit dah. So macam kalut jugak la kan. Kesian pulak aku tengok. Hajat hati tu memang nak tolong, tapi aku pun bukan ada duit sangat. Cukup untuk isi minyak pergi balik jumpa kawan-kawan ja pun.

Banyak betul halangan nak sambung belajar ni. Kejap ada masalah tu, kejap masalah ni. Kadang-kadang sampai tension kawan aku tu. Tambah-tambah bila ada kawan rapat dia yang tarik diri dari sambung belajar kat luar tu. Nak down kawan aku tu dibuatnya. Doa dah doa, usaha dah usaha. Tinggal nak ada hasilnya ja.

Last, ada sorang lagi kawan aku tu cakap yang Allah saja nak uji dengan masalah-masalah macam tu. Mungkin Allah dah aturkan yang lebih baik. Cuma kita ja yang tak tau. Dia cakap yang dia pun pernah jugak ada masalah macam tu. Dia mula sedar takdir tu memang da diaturkan pun bila kat satu tahap tu dia cakap,"ohh..patut la aku tak dapat pun.", "nasib la ta dapat..". Dia dah faham kenapa Allah tak bagi dia sesuatu tu kerana ada sebabnya.

Dan mende tu memang selalu ja jadi kat kita cuma kita ja yang tak sedar kan. Yang penting, kita kena ingat yang semuanya dah diaturkan untuk kita. Rezeki kita, ajal maut kita, jodoh kita.. yang pastinya, Allah tak kan membebankan sesorang itu melebihi kadar kemampuannya.

Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..


P/s : lagu nasyid, Kehidupan- Inteam feat Nazrey Raihan . Doa-doa la semoga kawan-kawan aku tu boleh sambung pengajian di sana dan balik nati dapat berbakti pada semua, insyaAllah..



2 comments:

  1. nice entry... betul2..kekadang jeles tgk member2 gi fly oversea..tapi bila pikir balik..xpe la..myb nnt gi oversea best kalau gi bercuti je...

    ReplyDelete
  2. tq =)
    balajar ni,kat mana2 pun ada kelebihan masing2.
    contohnya, bila study kt luar,tiba2 mak ayah jatuh sakit ke,bukan senang nak balik kan. :)
    Masing2 ada pro contra nya..

    ReplyDelete